Assalamualaikum...
Entry yang ini Kak Yong nak perkenalkan makanan sunnah..... udah upload pasei Qaseh tapi lupa nak kenalkan makanan sunnah tu apa.... suh makan tapi tak bgtau apa isi... hahaha.. takper takper..nie Kak Yong nak kenalkan....
Hokkeeyy...makanan sunnah nie banyak khasiatnya, antara makanan sunnah yang senantiasa menjadi kesukaan ramai adalah delima, buah tin, zaitun, madu, safforn, kurma, cuka, habbatussauda dan lain2 yang tak disebut.... nanti Kak Yong tambah lagi kalau jumpa yang lain yer...
Kak Yong memang dari dulu lagi suka pemakanan sunnah nie.... mula amalkan sejak mampu beli sendiri, tpi beli yg murah2 macam kismis dan kurma...tapi berapa banyak kurma dan kismis yang lalu nak dimakan sehari???
Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Kenali makanan kegemaran Nabi SAW |
1. Kurma
Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan.
2. Buah Tiin
Ia adalah buah-buahan dari Syurga dan ubat untuk buasir.
3. Madu
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
- Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
- Mencuci perut
- Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
- Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
- Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Antara Makanan Sunnah Yang Digemari Ramai |
4. Delima
Rasulullah (SAW) berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari.
5. Cuka
Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun.
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.
Ringkasan adab minum
- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
- Bacalah " Bismillah"
- Minum dengan tiga nafas
- Minum dalam keadaan duduk
- Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
- Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
- Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
- Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
- Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat
WhatsApp/SMS - 0123556314 (Siti) |
WhatsApp/SMS - 0123556314 (Siti) |
No comments:
Post a Comment